Saturday, May 16, 2009
Guru Pembina Negara Bangsa - Selamat Hari Guru Buat
Saya selaku Guru Kanan MP Teknik dan Vokasional mengucapkan selamat hari guru buat semua guru bidang teknik dan vokasional SMK Ayer Baloi . Moga tuan/puan dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab serta penuh keikhlasan .
Wednesday, April 22, 2009
Tahniah Atas Kejayaan Pelajar RC SMKAB
Saya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Ayer Baloi merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga pada Cikgu Aziz serta para pelajar yang dibimbingnya kerana telah berjaya megharumkan nama sekolah SMK Ayer Baloi diperingkat kebangsaan. Kejayaan anda semua menjadi inspirasi pada semua pelajar SMK Ayer Baloi untuk terus berusaha dan maju untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah
Friday, April 17, 2009
Maklumat PBS 2009
Pada semua guru Bidang Teknik dan Vokasional ...tuan/puan diminta memperkemaskan semua pengurusan File PBS bagi memudahkan urusan pemantauan PBS yang dijangkan akan bermula pada hujung April hingga Awal bulan Mei . Diminta semuanya dapat bersedia dengan lebih awal.
Sekian Terima Kasih
Sekian Terima Kasih
Tahniah
tahniah pelajar rc yang berjaya sehingga mencapai kejayaan melayakkan diri tiga peserta akhir Pertandingan Reka Cipta sempena hari Harta Intelek peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 - 26 hb April 2009 di Kuala Lumpur .
Monday, March 16, 2009
Friday, March 13, 2009
Tahniah Buat Semua Guru
Pada guru-guru teknik dan vokasional SMK Ayer Baloi , saya merakamkan ucapan penghargaan buat semua guru yang komited dalam mendidik pelajar sehingga mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan SPM 2008
Post Mortem SPM 2008
Kepada semua guru bidang teknik dan vokasional SMK Ayer Baloi- Tuan/puan/cik diminta membuat analisis/post mortem SPM 2008.
Kerjasama Tuan/Puan/Cik diucapkan terima kasih
Kerjasama Tuan/Puan/Cik diucapkan terima kasih
Saturday, February 14, 2009
Pemantauan PBS MP Teknikal Daerah Pontian
Pada semua guru Bidang Teknik dan Vokasional ..harap dapat kemaskini semua fail bagi tujuan Pemantauan PBS MP Teknik dan Vokasional Daerah. Diharap semua guru dapat bersedia dan memastikan semua fail induk dan fail markah lengkap. tarikh Pemantauan bermula 23 Feb 2009 .
Sekian Terima Kasih
Sekian Terima Kasih
Thursday, January 1, 2009
Selamat Datang Pengetua Baru
Unit Teknik dan Vokasional mengucapkan selamat datang pada Pn Tan Moi Yan selaku Pengetua baru SMK Ayer Baloi. Mudah-mudahan sekolah SMKAB akan lebih berjaya pada tahun ini dan seterusnya.
Sunday, November 16, 2008
Selamat Kembali Ke Sekolah
Pada semua guru-guru teknik dan vokasional SMK Ayer Baloi. Selamat kembali kesekolah. Mudah-mudahan pada tahun ini tuan/puan/cik akan lebih komited dalam menjalankan tugas demi kecemerlangan SMK Ayer Baloi
Subscribe to:
Posts (Atom)