Dasar Kurikulum

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan .Dasar yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.

2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1. menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2. memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3. memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
3.3. Sebagai salah sebuah sekolah Kebangsaan -prasyarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia   akan dipatuhi sepenuhnya.
3.4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.

5.0 SISTEM FAIL
5.1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha
5.2. Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Ketua Bidang di Bilik Guru.
5.3. Jumlah fail – 7

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1. Menengah Rendah - 8 mata
6.2. Menengah Atas
6.2.1. Aliran Sains Tulen / Aliran Teknikal( 11 mata pelajaran) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah ,Matematik ,Tambahan Biologi/Teknologi ,Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan Kimia Fizik
6.2.2. Aliran Sains Sosial (10 mata pelajaran/8 mata pelajaran) Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris ,Matematik Sejarah,Sains ,Prinsip Akaun /Ekonomi Asas,PSV,Ekonomi Asas,Reka Cipta, Perdagangan, Tasawur Islam ,Seni Reka Tanda

7.0. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMKAB
 7.1. Kemasukan ke Tingkatan 1  , tiada syarat khusus kecuali kelas Rancangan Khas (Tingkatan 1) yang ditetapkan oleh pihak PPD Pontian.



8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.2. Salinan Panitia untuk setiap Tingkatan disimpan dalam Fail Panitia
8.3. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 4 perkara asas;
i) Tajuk/Isi Pelajaran
ii) Objektif/hasil pelajaran
iii) Aktiviti
iv) Refleksi
8.4. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat  persekolahan minggu berkenaan.(tertakluk kepada perubahan)
8.5. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.6. Menghabiskan Sukatan ;
i) Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
ii) Tingkatan 5– Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
iii) Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah dihabiskan pada bulan Oktober.
8.7. Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered /berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.


9.0. JADUAL WAKTU
9.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
9.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
9.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 25 waktu seminggu.

10.0. GURU GANTI
10.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan Pengetua, PKI, dan Penyelaras Jadual Waktu serta mencatat pada papan notis dan Fail Pergerakan Staf.
10.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
10.3. Mencari pengganti terlebih dahulu
10.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
10.5. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu

11.0. WAKTU PERSEKOLAHAN
a. Isnin – Khamis  7.30 – 01.50 petang
b. Jumaat 6.40 – 12.00 pm.
* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa.

12.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1. Peperiksaan Pertengahan Penggal - 2 kali setahun
12.2. Peperiksaan Penggal - 2 kali setahun
12.3. Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1, 2 & 3
12.3.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
12.3.2. Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GPA dan lulus dalam semua mata pelajaran. .

12.4. Format Peperiksaan
12.4.1.Ujian topikal - mengikut kesesuaian Subjek.
12.4.2.Peperiksaan Penggal
12.4.2.1. Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam
12.4.2.2. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
12.4.2.3. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

12.5. Jadual Pengawasan
12.5.1.Ujian diadakan serentak selama 2 minggu bagi Kelas Tingkatan 4 & 5 manakala kelas Tingkatan 1,2,3,
12.5.2.Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi
12.5.3.Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.6. Rekod Markah
Markah Peperiksaan dimasukkan secara online menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dalam komputer dan dicetak serta dibuat salinan .

12.7. Syarat Lulus
12.7.1. Tingkatan 1 – 3, mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan.
12.7.2. Tingkatan 4 dan 5 mengikut garis panduan yang ditetapkan kementerian.

12.8. Jadual Spesifikasi Ujian
12.8.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar cemerlang.
12.8.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.8.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.8.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau Penolong Kanan Pentadbiran  sebelum dicetak.


12.9. Post mortem Untuk Peperiksaan
12.9.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan peperiksaan PMR dan SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan.
12.9.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
12.9.3. Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
12.9.4. Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling

12.10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

12.10.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama ada di Peringkat Menengah Rendah dan Atas mengikut tempoh yang ditetapkan.
12.10.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.













13.0. PEMANTAUAN
13.1. Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap sekali dalam setahun secara rasmi.
13.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
13.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
13.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.
13.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.

13.2. Pengurusan Panitia
13.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran berkenaan.
13.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun
13.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bahagian belakang Guru Kanan masing-masing.
13.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu.Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
13.2.6. Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG  secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3. Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1. Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2. Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan.

13.4. Bilik-bilik Khas
13.4.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
·         Dewan
·         Bilik Mesyuarat
·         Perpustakaan
·         Cendikia 1 dan Cendikia  2
·         Galeri
·         Stor-stor yang telah dikhaskan
·         Pusat Akses
·         Makmal Komputer
·         Bilik SPBT
·         Bilik PSV/Bilik RC/MPV SRT/F1
·         Bilik Bimbingan dan Kaunseling
·         Bengkel jahitan /Masakan/Bengkel Kayu
·         Makmal Sains
·         Bilik HEM /Disiplin
·         Bilik Sakit
·         Bilik Peperiksaan (BOP)
13.4.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti
diwujudkan
13.4.4. Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa.
 13.5. Jawatankuasa Pemantauan

13.5.1. Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik
13.5.1.1. Pengetua
13.5.1.2. Penolong Kanan Pentadbiran
13.5.1.4. Penolong Kanan HEM
13.5.1.5. Penolong Kanan Kokurikulum
13.5.1.6. Guru-guru Kanan

 13.6. Penyemaka  Buku Latihan Murid

13.6.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan Ketua Panitia
13.6.3. Semua Ketua Panitia akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada  Guru kanan Bidang
13.6.4. Semua Ketua Bidang akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada  Penolong Kanan Pentadbiran
13.6.5. Semua Penolong Kanan akan menyerahkan 10 buah buku kepada Pengetua untuk semakan.
13.6.6. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
13.6.7. Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Kanan dan Panitia
14.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Bidang.
14.2. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
14.4. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2. Komponen Sastera dalam bahasa Melayu hendaklah diliputi semua pengajarannya dalam kelas.
15.3. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.4. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
15.5. Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
15.6. Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari  maklumat atau menonton video yang telah dirakam oleh guru PSS.
15.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.
15.8. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi 3 bahasa.
15.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
15.10. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.


16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

16.1. Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.
16.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang  ke arah kecemerlangan murid.
16.3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
16.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik  panitia berkenaan.
16.5. Penglibatan HEM, Kaunseling dan Warden Asrama adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.
17.0. PERKEMBANGAN STAF
17.1. Kursus Dalaman
17.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Pengetua /Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
17.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan danbudi bicaraPengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
17.1.3. Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain.


17.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
17.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
17.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.(Jika Perlu)
17.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

17.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus

17.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain
17.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia
18.0. KAJIAN TINDAKAN
18.1. Semua Panitia mata pelajaran digalakkan  membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
18.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
19.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN
19.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Roman,  set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom  pada 0.5.
19.2. Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
19.3. 100 helai ke atas direzo - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
19.4. Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
20.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
20.1. SPM – Semua murid lulus semua subjek.
20.3. PMR – Minimum C bagi semua Subjek
20.4. Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap subjek.

21.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
 21.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan, mahupun antarabangsa.
21.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang  dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

22.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
22.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .
22.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.
Disediakan oleh

Unit Kurikulum
SMK Ayer Baloi
Pontian
2012

No comments: