Friday, August 19, 2011

Selamat Datang Pengetua Baru

Selamat datang di ucapkan buat Hj Saedah bt Sarian Pengetua Baru SMK Ayer Baloi yang menggantikan En Mastura Aladdin b Masro yang dilantik sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Benut. Semoga kehadiran Pn Pengetua akan menyuntik semangat buat guru dan pelajar serta staff SMK Ayer Baloi

Monday, April 25, 2011

Salam Perpisahan Buat Cikgu Lokman dan Cikgu Shamsudin

Saya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional mengucapkan tahniah buat cikgu Lokman diatas kenaikan pangkatnya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Kayu Ara Pasong dan juga pertukara Cikgu Shamsudin ke SMK Benut. Semoga rakan2 ku ini selesa dan berjaya ditempat yang baru.

Ayer Baloi Berjaya Lagi

Tahniah buat Cikgu Aziz kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama SMK Ayer Balloi di peringkat Kebangsaan dengan berjaya mendapat tempat ke 3 sempena Hari Harta Intelek Negara Tahun 2011. Kejayaan ini adalah kejayaan ke dua setelah mendapat tempat yang sama pada tahun 2009. Semoga usaha ini akan diteruskan hingga ke tahun2 seterusnya.

Saturday, March 26, 2011

Tahniah Buat Semua Guru Teknik 2010

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat guru-guru teknik dan vokasional menengah atas yang telah bertungkus lumus mendidik calon-calon SPM 2010 sehingga berjaya. Semoga usaha kita diberkati Allah hendakNya. Walaupuan terdapat sedikit penurunan dari segi kualiti namun secara keseluruhannya prestasi subjek teknikal adalah pada tahap yang baik.

Friday, February 25, 2011

Salam Perpisahan Buat Pn Khatijah Idris


Saya bagi pihak Bidang Teknik dan Vokasional SMK Ayer Baloi merakamkan peghargaan pada Pn Hjh Khatijah Idris di atas lantikan beliau sebagai PK Ko Kurikulum SMK Tan Sri Osman Saat. Selamat bertugas di tempat baru.