Friday, June 22, 2012

Motivasi Pelajar T5 SPM 2012


Tn Hj Ramli bersama Pak Anjang(Nama glamour)
Alhamdulillah , bengkel motivasi pelajar T5 SPM 2012 telah berjaya diadakan sepanjang 2 hari iaitu bermula pada 21 dan 22 Jun 2012. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dikelolakan oleh Pakar Motivasi yang dikenali Pak Anjang  dari WOW. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua AJK yang terlibat menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak. Sebarang kelemahan dan kekurangan harap dimaafkan.  Buat pelajar-pelajar T5 yang telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya tahniah buat anda semua dan buktikan yang and semua boleh. dan yakin boleh. Jangan hancurkan harapan kedua ibubapa anda serta diri anda .

Wajah ceria sebelum kursus bermula
Bersedia untuk memulakan kursus











Sunday, June 10, 2012

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah

Buat semua pelajar dan guru  SMK Ayer Baloi...selamat kembali ke sekolah . Semoga sessi semester persekolahan akan mengembalikan semangat untuk meneruskan pengajian tahun 2012....banyak aktiviti akademik sekolah yang dirancang seperti Kem Motivasi Pelajar T5 yang dijangka akan diadakan pad 13 dan 14 Jun 2012...pada pelajar T5 harap anda dapat bersedia untuk kem ini.

Wednesday, May 30, 2012

Selamat Bercuti

Semoga semua pelajar-pelajar SMK Ayer Baloi manfaatkan cuti persekolahan dengan perkara yang berfaedah. Bagi calon-calon SPM 2012 dan PMR 2012 harap anda dapat memastikan kerja-kerja yang belum selesai khusunya kerja kursus disiapkan dengan kadar segera.

Thursday, May 3, 2012

PMR DAN SPM 2011





Tahniah buat semua calon  SPM 2011 yang berjaya mencatat keputusan yang baik dalam SPM 2011. Walapun peratus dan kualiti keseluruhan sekolah sedikit merosot namn ia tidak begitu ketara . Walau bagaiamanapun usaha berterusan untuk memastikan tahun 2012 akan lebih cemerlang. Insyaallah.

Peperiksaan Setengah Tahun 2012

Pelajar SMK Ayer Baloi
Semua pelajar SMK Ayer Baloi diharap bersedia untuk menduduki peperiksaan ini dengan jayanya. Jangan ada yang ponteng.

Friday, August 19, 2011

Selamat Datang Pengetua Baru

Selamat datang di ucapkan buat Hj Saedah bt Sarian Pengetua Baru SMK Ayer Baloi yang menggantikan En Mastura Aladdin b Masro yang dilantik sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Benut. Semoga kehadiran Pn Pengetua akan menyuntik semangat buat guru dan pelajar serta staff SMK Ayer Baloi

Monday, April 25, 2011

Salam Perpisahan Buat Cikgu Lokman dan Cikgu Shamsudin

Saya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional mengucapkan tahniah buat cikgu Lokman diatas kenaikan pangkatnya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Kayu Ara Pasong dan juga pertukara Cikgu Shamsudin ke SMK Benut. Semoga rakan2 ku ini selesa dan berjaya ditempat yang baru.

Ayer Baloi Berjaya Lagi

Tahniah buat Cikgu Aziz kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama SMK Ayer Balloi di peringkat Kebangsaan dengan berjaya mendapat tempat ke 3 sempena Hari Harta Intelek Negara Tahun 2011. Kejayaan ini adalah kejayaan ke dua setelah mendapat tempat yang sama pada tahun 2009. Semoga usaha ini akan diteruskan hingga ke tahun2 seterusnya.

Saturday, March 26, 2011

Tahniah Buat Semua Guru Teknik 2010

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat guru-guru teknik dan vokasional menengah atas yang telah bertungkus lumus mendidik calon-calon SPM 2010 sehingga berjaya. Semoga usaha kita diberkati Allah hendakNya. Walaupuan terdapat sedikit penurunan dari segi kualiti namun secara keseluruhannya prestasi subjek teknikal adalah pada tahap yang baik.

Friday, February 25, 2011

Salam Perpisahan Buat Pn Khatijah Idris


Saya bagi pihak Bidang Teknik dan Vokasional SMK Ayer Baloi merakamkan peghargaan pada Pn Hjh Khatijah Idris di atas lantikan beliau sebagai PK Ko Kurikulum SMK Tan Sri Osman Saat. Selamat bertugas di tempat baru.