Thursday, July 29, 2010

Selamat Bersara Cikgu Mumar





Sekitar Mesyuarat Bidang Teknik dan Vokasional Kali ke 3 .Mesyuarat terakhir Tn Hj Mohd Mumarzaini b Misri dalam Bidang Teknik dan Vokasional. Selamat Bersara dari Guru-Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK Ayer Baloi. Semoga Tn Hj akan terus memberi sumbangan dalam dunia pendidikan.

Sunday, April 25, 2010

PAMERAN HARTA INTELEK 2010 - RENAISSANCE KUALA LUMPUR



Persiapan sebelum pameran bermula esok pagi 26 - 27 April 2010. Pengalaman yang sangat berguna untuk pelajar SMK Ayer Baloi yang berada bersama-sama sekolah SBP.

Tuesday, April 20, 2010

PAMERAN HARTA INTELEK 2010

SMK AYER BALOI sekali lagi diberi peluang untuk mengadakan Pameran Sempena Hari Harta Intelek Negara Tahun 2010

TARIKH : 26 - 27 APRIL 2010
TEMPAT : HOTEL RENAISSANCE K.L

Wednesday, March 10, 2010

Keputusan SPM 2009 Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional



Peratus Lulus Keseluruhan Sekolah : 97.27 % GPS : 5.14

Penghargaan yang tidak terhingga juga buat bekas pengetua SMK Ayer Baloi , Pn Tan Moi Yan banyak membantu guru-guru dalam menfokuskan kecemerlangan SMKAB tahun 2009.
Warga SMKAB umumnya sangat menghargai jasa beliau.

Wednesday, February 3, 2010

Untuk Perhatian Semua Guru Bidang Teknik dan Vokasional

Kepada semua guru dibawah Bidang Teknik dan Vokasional..tuan/puan/cik diminta mengemaskani semua urursan berkaitan P&P dengan kadar segera. Sila pastikan penggunaan SMTAG dipatuhi bagi menjamin kelancaran P&P tahun 2010. Kerjasama dari anda sangat diharapkan. Terima Kasih

Wednesday, November 11, 2009

KPI - SMTAG Daerah Pontian 2010

Saya selaku GKMP Teknik dan Vokasional merangkap Pen. SU KPI SMTAG Daerah Pontian melahirkan rasa syukur kerana KPI SMTAG Pontian telah berjaya dihasilkan. Pada guru-guru bidang teknik dan vokasional yang menghasilkan bahan berkenaan saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan tuan/puan dalam menjayakan tugasan di atas.

Tahniah dan syabas juga kepada Cikgu Abd Aziz dan Cik Lee Hui Lian yang merupakan penggerak kepada Kursus dan Pelancaran SMTAG Daerah Pontian yang dijalankan di MRSM Pontian pada 11 Nove 2009.

Moga segala usaha yang dilakukan akan beroleh keberkatan . Amin