Wednesday, November 11, 2009

KPI - SMTAG Daerah Pontian 2010

Saya selaku GKMP Teknik dan Vokasional merangkap Pen. SU KPI SMTAG Daerah Pontian melahirkan rasa syukur kerana KPI SMTAG Pontian telah berjaya dihasilkan. Pada guru-guru bidang teknik dan vokasional yang menghasilkan bahan berkenaan saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan tuan/puan dalam menjayakan tugasan di atas.

Tahniah dan syabas juga kepada Cikgu Abd Aziz dan Cik Lee Hui Lian yang merupakan penggerak kepada Kursus dan Pelancaran SMTAG Daerah Pontian yang dijalankan di MRSM Pontian pada 11 Nove 2009.

Moga segala usaha yang dilakukan akan beroleh keberkatan . Amin

Sunday, August 9, 2009

Seminar Penyelidikan Teknik dan Vokasional 2009





Sebahagian rakan-rakan guru yang mewakili
Johor ke Seminar Penyelidikan Teknikal dan
Vokasional 2009 di IPG Kampus Teknik , Kuala
Lumpur

Maklumat Penting Buat Semua Guru Teknik dan Vokasional SMKAB

Pada semua Ketua Panitia dan Guru MP Teknik dan Vokasional tuan/puan/cik diminta melakukan perkara berikut :

1. Menyerahkan borang Audit Sukatan ( Tindakan Segera)
2. Mengemaskini Fail Panitia
3. Menyedia , merancang dan melaporkan program kecemerlangan Panitia .
4. Mengemaskini Pengurusan Aset ( Kad J3/j4 serta borang-borang KEW PA )

Sekian Harap Maklum

Friday, July 10, 2009

Maklumat Penyelarasan PBS MP Teknik dan Vokasional

KHB - 06 Julai
SRT - 13 Julai
ERT - belum ada tarikh
RC - 27 - 31 Julai
LK - 03 - 05 Ogos


Mohon kerjasama dari guru untuk memastikan urusan PBS dapat diurus dengan berkesan.
Markah yang telah lengkap hendaklah diserahkan pada Pn Low Chor Siang dengan segera

Sekian Terima Kasih

Tuesday, June 9, 2009

Keputusan Karnival Teknik dan Vokasional Negeri Johor 2009




Keputusan Pertandingan Yang Disertai Pasukan SMK Ayer Baloi

Johan Pertandingan Ilustrasi RC
Johan Pertandingan Membina Logo T Shirt
Naib Johan Pertandingan Membina Model Rumah

Tahniah Buat Semua Pemenang

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa - Selamat Hari Guru Buat

Saya selaku Guru Kanan MP Teknik dan Vokasional mengucapkan selamat hari guru buat semua guru bidang teknik dan vokasional SMK Ayer Baloi . Moga tuan/puan dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab serta penuh keikhlasan .