Tahniah dari saya selaku GKTV SMK Ayer Baloi kerana berjaya muncul JOHAN dalam Festival Malaysia Inovatif Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah pada 24 - 26 Nov 2010
Saya selaku Guru Kanan Teknik dan Vokasional merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga buat dua orang guru dibawah bidang teknik dan vokasional yang telah memulakan tugas di tempat yang baru. Semoga anda akan terus berjaya.
Selaku Guru Kanan MP Teknik dan Vokasional saya mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010 buat semua calon SPM SMK Ayer Baloi. Semoga anda semua beroleh keputusan yang baik dalam peperiksaan berkenaan.Amin
Tahniah buat SMK Ayer Baloi kerana telah berjaya muncul Johan Pertandingan Inovatif Zon Selatan 2010 dan seterusnya akan mewakili Zon Selatan ke peringkat Kebangsaan.
Sekitar Mesyuarat Bidang Teknik dan Vokasional Kali ke 3 .Mesyuarat terakhir Tn Hj Mohd Mumarzaini b Misri dalam Bidang Teknik dan Vokasional. Selamat Bersara dari Guru-Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK Ayer Baloi. Semoga Tn Hj akan terus memberi sumbangan dalam dunia pendidikan.
Persiapan sebelum pameran bermula esok pagi 26 - 27 April 2010. Pengalaman yang sangat berguna untuk pelajar SMK Ayer Baloi yang berada bersama-sama sekolah SBP.
Peratus Lulus Keseluruhan Sekolah : 97.27 % GPS : 5.14
Penghargaan yang tidak terhingga juga buat bekas pengetua SMK Ayer Baloi , Pn Tan Moi Yan banyak membantu guru-guru dalam menfokuskan kecemerlangan SMKAB tahun 2009. Warga SMKAB umumnya sangat menghargai jasa beliau.
Kepada semua guru dibawah Bidang Teknik dan Vokasional..tuan/puan/cik diminta mengemaskani semua urursan berkaitan P&P dengan kadar segera. Sila pastikan penggunaan SMTAG dipatuhi bagi menjamin kelancaran P&P tahun 2010. Kerjasama dari anda sangat diharapkan. Terima Kasih