Wednesday, June 27, 2012

Hari Terbuka 2012

Tahniah kepada semua ibu bapa/penjaga  yang hadir untuk mengambil penyata sempenan hari terbuka sekolaj. Terima kasih dari pihak sekolah.

Tuesday, June 26, 2012

Mesyuarat BTV Kali Ke 2/2012 Dan Majlis Perpisahan

Alhamdulillah mesyuarat BTV kali ke 2 telah dapat dijalankan pada jam 2.30ptg beserta dengan majlis perpisahan guru pelatih UTM Cikgu Izzat dan Cikgu Shukri. Saya selaku GKTV SMKAB merakamkan penghargaan tidak terhingga sepanjang menjalani praktikum di SMKAB. Pihak bidang juga memohon maaf jika sepanjang praktikum terdapat kekurangan dan kelemahan dari pihak bidang . Semoga anda berdua akan menjadi guru yang terbaik . Selamat kembali semula ke kampus.






Sunday, June 24, 2012

Bengkel Harapan 1

Tarikh : 5 Jul 2012
Tempat : SMK Ayer Baloi
Sasaran : Pelajar Sains Pertanian
Pendaftaran : Dewan Besar SMKAB

Anjuran JKD MP Sains Pertanian

Prestasi Peperiksaan Setengah Tahun 2012


harapan sekolah
Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun bagi PMR dan SPM 2012 SMK Ayer Baloi masih boleh ditingkatkan. Semua panitia diminta membuat post mortem untuk kenalpasti kelemahan dan kekuatan calon bagi tujuan tindakan selanjutnya.

Friday, June 22, 2012

Motivasi Pelajar T5 SPM 2012


Tn Hj Ramli bersama Pak Anjang(Nama glamour)
Alhamdulillah , bengkel motivasi pelajar T5 SPM 2012 telah berjaya diadakan sepanjang 2 hari iaitu bermula pada 21 dan 22 Jun 2012. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dikelolakan oleh Pakar Motivasi yang dikenali Pak Anjang  dari WOW. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua AJK yang terlibat menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak. Sebarang kelemahan dan kekurangan harap dimaafkan.  Buat pelajar-pelajar T5 yang telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya tahniah buat anda semua dan buktikan yang and semua boleh. dan yakin boleh. Jangan hancurkan harapan kedua ibubapa anda serta diri anda .

Wajah ceria sebelum kursus bermula
Bersedia untuk memulakan kursus











Sunday, June 10, 2012

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah

Buat semua pelajar dan guru  SMK Ayer Baloi...selamat kembali ke sekolah . Semoga sessi semester persekolahan akan mengembalikan semangat untuk meneruskan pengajian tahun 2012....banyak aktiviti akademik sekolah yang dirancang seperti Kem Motivasi Pelajar T5 yang dijangka akan diadakan pad 13 dan 14 Jun 2012...pada pelajar T5 harap anda dapat bersedia untuk kem ini.